MACAM MANA KEADAAN DALAM ENJIN KERETA KITA YER?
Nak tahu kenalah hantar bengkel. Biar orang yang pakar periksakan dengan betul dan lebih teliti. Tetapi boleh juga kita periksa sendiri secara kasar. Setidak-tidaknya kita tahu keadaan semasa enjin kita supaya dapat mengelakkan risiko-risiko kerosakan lain yang lebih teruk.
Jadi macam mana nak periksa. Ikut cara di bawah ini. Mana teknik tambahan boleh jer kongsikan di ruangan komen di bawah sekali.
Cara Pertama
Periksa dipstick (pengukur paras minyak hitam). Hitam atau tidak minyak yang ada pada dipstick bergantung kepada kebersihan dalam enjin kereta kita, kebuk pembakaran yang kotor, kualiti minyak yang sedang membersihkan ATAU juga boleh jadi kualiti minyak yang tidak tahan.
Paras minyak pada dipstick berkurangan juga petanda ada kebocoran luar atau minyak masuk lalu terbakar di bahagian kebuk pembakaran. Lubang belakang ekzos akan kelihatan berminyak jika dipegang.
Jika kelihatan minyak keputihan seperti teh susu pula itu petanda ada kemasukan air ke dalam enjin. Sama ada air radiator atau dari luar (sebab hujan, basuh enjin atau banjir).
Jika kelihatan minyak keputihan seperti teh susu pula itu petanda ada kemasukan air ke dalam enjin. Sama ada air radiator atau dari luar (sebab hujan, basuh enjin atau banjir).
Cara Kedua
Lihat keadaan minyak hitam yang dikeluarkan ketika penukaran minyak pelincir.
Jika minyak terlalu hitam dan pekat ada beberapa kebarangkalian:
Jika minyak terlalu hitam dan pekat ada beberapa kebarangkalian:
ATAU
• Minyak pelincir yang kurang baik. Kualiti minyak yang rendah menjadikan minyak itu sendiri mudah rosak.
ATAU
• Penukarang minyak pelincir tidak ikut saranan. Penyelenggaraan lebih dari kemampuan minyak pelincir digunakan yang sepatutnya.
Minyak yang keluar kurang hitam pula boleh jadi kebarangkalian lain:
ATAU
• Minyak yang kurang berkualiti kerana tidak mampu membersihkan dalam enjin jika enjin yang kotor.
Cara Keempat
Buka penutup enjin tempat masuk minyak pelincir. Kita boleh lihat sedikit bahagian atas enjin melalui lubang penutup. Sedikit sebanyak kita boleh tahu gambaran keadaan di dalam enjin.
[pictures sources]
http://www.vroomvr.blogspot.com, http://www.ricksfreeautorepairadvice.com, http://www.httpkok.ovh, http://www.quotz.com.sg, http://www.morro-autos.blogspot.com