Penjagaan Komponen Turbo - Minyak Pelincir
Pengeluar kereta kini memilih enjin ber-cc rendah dengan tambahan turbo untuk menggantikan enjin ber-cc tinggi demi mengekalkan prestasi setanding dengan penggunaan bahan api lebih efisien. Contohnya, enjin 1.5L turbo kini menggantikan enjin 2.0L, manakala enjin 1.0L turbo mengisi peranan enjin 1.5L.
Penggunaan kereta turbo memberi prestasi yang tinggi, namun ia juga memerlukan penjagaan yang lebih teliti, terutama dari segi penggunaan minyak pelincir.
Berikut adalah senarai penjagaan yang perlu diambil perhatian:
● Guna Minyak Pelincir Yang Sesuai
● Periksa Dan Ganti Minyak Pelincir Lebih Kerap
● Panaskan Enjin Sebelum Memandu dengan Laju
● Jangan Matikan Enjin Secara Mendadak
● Gunakan Minyak Pelincir Berkualiti Tinggi
Guna Minyak Pelincir Yang Sesuai
Selain minyak saranan pengeluar penting juga minyak pelincir yang berkualiti tinggi dan yang sesuai bagi dapat mengurangkan geseran dalam komponen turbo, menjaga suhu yang optimum, dan mencegah pembentukan deposit, yang semuanya penting untuk prestasi dan ketahanan turbo.
Periksa Dan Ganti Minyak Pelincir Lebih Kerap
Enjin turbo menghasilkan lebih banyak haba dan tekanan. Oleh itu, minyak pelincir mudah tercemar dan mudah susut kualiti. Maka ia perlu diganti lebih kerap berbanding enjin biasa. Rujuk jadual servis kenderaan dan pastikan tidak tertangguh.
Panaskan Enjin Sebelum Memandu Dengan Laju
Ketika mula menghidupkan enjin, beri masa beberapa minit untuk minyak pelincir diedarkan ke seluruh komponen enjin dan turbo. Ini mengurangkan geseran yang boleh merosakkan komponen penting dalam sistem turbo.
Jangan Matikan Enjin Secara Mendadak
Selepas perjalanan jauh, pemanduan laju atau pemanduan agresif, biarkan enjin berjalan sebentar sebelum mematikan kenderaan. Ini membantu menyejukkan turbo secara perlahan, mengelakkan risiko kerosakan pada bearing turbo akibat haba berubah secara drastik.
Gunakan Minyak Pelincir Berkualiti Tinggi
Minyak pelincir berkualiti membantu mengekalkan prestasi dan ketahanan enjin turbo. Minyak pelincir murah atau berkualiti rendah mungkin tidak dapat menahan suhu tinggi yang dihasilkan enjin turbo, menyebabkan kehausan pramatang.
Penjagaan ini penting agar enjin turbo anda sentiasa berada dalam keadaan terbaik, dan memastikan jangka hayat enjin yang panjang serta prestasi yang konsisten.
Formulas lapisan filem tribologi (TCF) TRIBOTECH pada minyak JTX yang mempunyai ciri-ciri Extreme Pressure (EP) dan Anti Wear (AW) bukan sahaja satu langkah bijak dalam memastikan kelancaran pergerakan enjin turbo yang terbaik tetapi dapat memberi perlindungan yang optimum pada komponen turbo. Dengan ini jangka hayat turbo lebih terjaga dalam pelbagai keadaan cuaca dan penggunaan.
https://nationalspeedinc.com/wp-content/uploads/2021/01/2019-Honda-Civic-Sport-Turbocharger-Upgrade-12.jpg