Sesetengah enjin kenderaan biasa memang ada potensi kehilangan sedikit minyak hitam apabila digunakan secara lasak.
Tetapi bagaimana jika kita dapati minyak hitam di dalam enjin berlaku pengurangan pada kadar yang tidak normal atau terlalu banyak mahupun kerap?
Lebih mudah jika kita terus serahkan kepada yang pakar. Tetapi sebelum ke bengkel setidak-tidaknya kita perlu tahu info asas bagi memberi tahu bagi lebih memudahkan kerja mekanik.
Antara point-point yang kita boleh periksa dan boleh kita agakkan adalah:
1. PERIKSA TEMPAT PARKING
Jika tempat parking ada tompokan minyak bermaksud ada kebocoran di situ.
1. PERIKSA TEMPAT PARKING
Jika tempat parking ada tompokan minyak bermaksud ada kebocoran di situ.
Kita boleh mengagak dengan melihat di bahagian enjin mana tompokan itu berada.
2. CUCI DAN PERIKSA PERMUKAAN ENJIN
Di tempat parking tiada tompokan minyak tapi macam ada tanda basahan minyak pada enjin.
Minta mekanik atau pergi sendiri ke carwash yang boleh cucikan enjin bay atas dan bawah. Mekanik lebih mudah untuk mengenal pasti bahagian enjin yang bocor dan berminyak selepas enjin bay dibersihkan.
3. PERIKSA AIR RADIATOR
Buka cap radiator ketika enjin sejuk atau periksa tangki limpah air radiator.
Jika air radiator atau coolant ada tanda seperti berminyak di permukaan bermaksud ada gasket atau seal yang bocor dan perlu ditukar segera.
Itu tanda minyak masuk ke dalam radiator dan juga sebaliknya. Segera ke bengkel untuk mengelakkan perkara yang lebih teruk.
Calit jari pada lubang ekzos di belakang kereta. Jika ada kesan berminyak bermaksud ada kebocoran yang disebabkan dari minyak yang naik ke kebuk pembakaran.
Biasanya pada ketika ini juga ada kesan-kesan seperti asap ekzos berbau atau asap keluar dengan banyak.
5. GEARBOX
Kesemua perkara di atas sudah dilakukan dan tiada kelihatan tanda kebocoran tetapi masih ada kekurangan minyak hitam. Ada kemungkinan minyak hitam masuk ke gearbox. Maka ada oil seal antara bahagian enjin dan gearbox sudah perlu diganti.
Untuk kebarangkalian atau perkara lain yang lebih teruk, silalah ke bengkel berdekatan yang lebih pakar untuk mengenal pasti punca masalah sebenar.
Semoga dengan penggunaan minyak pelincir JTX dapat mengurangkan risiko kerosakan dan mengurangkan kos baik pulih jika perkara yang tidak dingini berlaku.
https://www.car-motor-oil.com/simsalabim/wp-content/uploads/2018/01/oil-level-check-car.jpg
https://johnnyholland.org/wp-content/uploads/2022/01/why-is-my-car-leaking-oil.jpg
https://rxmechanic.com/wp-content/uploads/2021/02/Oil-in-Coolant-1.jpg
https://carfromjapan.com/wp-content/uploads/2017/10/black-soot-in-tailpipe.jpg