Minyak Pelincir JTX

JTX1000 adalah minyak pelinciran sedia pakai dari siri produk automobil JTX di SHOM. Kelebihan minyak pelincir JTX terletak pada formula lapisan filem tribologi (TCF) dari USA yang dilesenkan hak pengedarannya khas melalui SHOM dan usahawan-usahawannya.
( JTX HOTLINE: 016-9089591 )

Formula khas tribologi dalam JTX menjangkau kemampuan minyak pelincir biasa walaupun tanpa penggunaan bahan kimia metal treatment.

Penggunaan tinggi bahan kimia secara tidak langsung boleh membentuk sludge dalam jangka masa panjang jika tidak melakukan proses "flushing" pada enjin. Oleh itu pengguna setia minyak pelincir JTX tidak perlu mencuci / flushing enjin.

Matlamat utama penciptaan minyak pelincir JTX adalah untuk MENGURANGKAN KOS dan MENGURANGKAN RISIKO kenderaan-kenderaan di Malaysia terutama untuk jangka masa panjang.

⇨ Ciri-ciri & Kelebihan Minyak JTX


( JTX HOTLINE: 016-9089591 )

#kNajib #BmbAcademy



# Gasket Enjin - Masalah & Penjagaan

GASKET ENJIN: Komponen Kecil, Masalah Besar Jika Diabaikan

Pernahkah anda mengalami kebocoran minyak pelincir? Atau enjin kereta anda pernah tiba-tiba panas melampau / overheat? Masalah ini mungkin berpunca daripada gasket enjin. Walaupun kecil, gasket memainkan peranan penting dalam memastikan enjin anda berfungsi dengan baik.

Jangan biarkan kerosakan gasket mengundang kos pembaikan yang tinggi. Jangan kerana gasket kereta percutian anda kurang menggembirakan. 







Apa Itu Gasket Enjin?

Gasket adalah lapisan nipis yang diperbuat daripada bahan seperti getah, fiber, logam, atau gabungan beberapa baham lain. Ia bertindak sebagai pengedap antara bahagian enjin untuk mencegah kebocoran minyak pelincir, cecair penyejuk, dan gas.

Lokasi gasket bergantung pada jenisnya, contohnya:
● Head gasket: Di antara blok enjin dan kepala silinder.
● Exhaust manifold gasket: Di antara manifold ekzos dan kepala silinder.
● Oil pan gasket: Di antara karter minyak dan blok enjin.


Berapa Lama Gasket Tahan?

Kebanyakan gasket direka untuk bertahan sehingga 100,000 km atau lebih bergantung kepada:
● Jenis bahan gasket.
● Cara pemanduan anda.
● Penjagaan enjin dan minyak pelincir yang digunakan.

Namun, gasket boleh rosak lebih awal jika:
● Enjin sering terlalu panas.
● Anda menggunakan minyak pelincir yang tidak berkualiti.
● Enjin mengalami tekanan tinggi secara kerap.


Bila Perlu Tukar Gasket?

Anda perlu memeriksa dan menggantikan gasket jika terdapat tanda-tanda berikut:
● Kebocoran minyak di bawah kenderaan.
● Enjin terlalu panas tanpa sebab yang jelas.
● Kesan minyak atau cecair pada bahagian luar enjin.
● Asap putih tebal keluar dari ekzos (tanda head gasket rosak).

Pastikan gasket diperiksa semasa servis berkala untuk mencegah kerosakan serius. Biasanya pemilik kereta yang perihatin dan bengkel akan membuat pemeriksaan gasket semasa membuat servis top overhaul ketika kilometer mencapai 150,000 km.




Hubungan Minyak Pelincir dan Gasket

Minyak pelincir berkualiti tinggi bukan sahaja melindungi enjin tetapi juga memanjangkan jangka hayat gasket.

Minyak pelincir yang baik membantu:
● Mengurangkan geseran dan haba dalam enjin.
● Mencegah kehausan pada gasket akibat suhu tinggi.
● Mengekalkan tekanan minyak yang stabil untuk prestasi enjin optimum.
● Kualiti filem Tribotech pada minyak pelincir JTX dapat melindungi permukaan enjin ketika berlaku kebocoran sekaligus mengurangkan risiko dan kos yang tidak diingini.


Ambil Tindakan Sekarang

Jangan abaikan penjagaan gasket dan minyak pelincir enjin anda. Gunakan minyak pelincir berkualiti tinggi seperti minyak pelincir JTX untuk memastikan enjin anda sentiasa dalam keadaan tip-top. 

Lindungi enjin, elakkan masalah besar. Pastikan anda juga melakukan servis berkala untuk memeriksa kesihatan enjin dan gasket. Pemeriksaan gasket biasanya dibuat ketika mencapai kilometer 150,000 km. Gunakan minyak pelincir JTX bagi mengurangkan risiko dan kos jika perkara yang tidak diingini berlaku.



[picture sources] 
https://www.kseal.com/wp-content/uploads/2023/10/gaskets-1024x683.jpg
https://i.redd.it/zq96hzclic041.jpg

*****

JTX JTX1000 JTX5000


*Jika ada sebarang kemuskilan sila email ke knajib84@gmail.com. Saya akan menjawab apa yang terbaik semampu mungkin.