Minyak Pelincir JTX

JTX1000 adalah minyak pelinciran sedia pakai dari siri produk automobil JTX di SHOM. Kelebihan minyak pelincir JTX terletak pada formula lapisan filem tribologi (TCF) dari USA yang dilesenkan hak pengedarannya khas melalui SHOM dan usahawan-usahawannya.
( JTX HOTLINE: 016-9089591 )

Formula khas tribologi dalam JTX menjangkau kemampuan minyak pelincir biasa walaupun tanpa penggunaan bahan kimia metal treatment.

Penggunaan tinggi bahan kimia secara tidak langsung boleh membentuk sludge dalam jangka masa panjang jika tidak melakukan proses "flushing" pada enjin. Oleh itu pengguna setia minyak pelincir JTX tidak perlu mencuci / flushing enjin.

Matlamat utama penciptaan minyak pelincir JTX adalah untuk MENGURANGKAN KOS dan MENGURANGKAN RISIKO kenderaan-kenderaan di Malaysia terutama untuk jangka masa panjang.

⇨ Ciri-ciri & Kelebihan Minyak JTX


( JTX HOTLINE: 016-9089591 )

#kNajib #BmbAcademy



# Punca Minyak Pelincir Jadi Pekat Dan Kotor

Bila nampak minyak hitam keluar gelap semacam jer kita kata minyak tak bagus. Kadang bukan sebab minyak tu tak bagus tapi sebab kita tak tahu jaga enjin atau enjin tu sendiri memang dah ada problem.
Bawah ni antara sebabnya. Mari kita tengok satu-satu:

Punca Minyak Pelincir Jadi Pekat Dan Kotor


Overheat
Enjin terlampau panas boleh rosakkan minyak. Minyak boleh jadi terlampau likat, kotor atau boleh juga jadi terlampau cair. Enjin yang overheat / terlampau panas dari biasa boleh juga disebabkan radiator yang rosak atau enjin yang diubahsuai untuk high performance.

Minyak Luput
Minyak pun boleh ter-oksida terutama bila terkena suhu dan terdedah pada udara. Jangan servis kenderaan anda lebih dari tempoh dan kilometer yang sepatutnya. Sebab terlampau lama minyak boleh jadi pekat likat. Daki minyak yang termendap pula boleh juga jadi keras dan berkerak.

Pembakaran bahan api
Pembakaran yang tak cantik menghasilkan karbon. Minyak pelincir yang ada bahan pencuci akan mencuci karbon pada dinding kebuk pembakaran. Secara tak langsung minyak jadi hitam dan pekat dengan karbon. Bagusnya kita tahu dia bersihkan enjin. Tapi itu juga tanda ada masalah pada bahagian pembakaran bahan api yang kurang cantik.

Tak Flushing Treatment
Jika anda pengguna treatment anda perlu keluarkan sedikit modal tambahan untuk flushing baki treatment di dalam enjin. Buat setiap 2 kali atau setiap kali anda tukar minyak pelincir. Treatment yang tidak di-flushing boleh bertukar menjadi sludge / daki minyak bila ada lama di dalam enjin dari tempoh servis sepatutnya.

Minyak Cuci Enjin
Boleh berlaku kalau anda guna minyak pelincir yang ada kelebihan mencuci DAN dalam enjin anda memang kotor.







[pictures sources] YouTube Channel: EJ'S GARAGE

*****

JTX JTX1000 JTX5000


*Jika ada sebarang kemuskilan sila email ke knajib84@gmail.com. Saya akan menjawab apa yang terbaik semampu mungkin.