Tribo Tech atau tribologi tidak boleh sama sekali dibandingkan dengan minyak sintetik kerana dua terma tadi berada di dalam kategori yang berbeza.
Perkataan minyak sintetik itu sendiri merujuk kepada jenis minyak yang bukan berasaskan petroleum. Kita juga boleh kategorikan ia sebagai bukan minyak semulajadi. Ia bukanlah satu teknologi tetapi adalah satu bahan hasil teknologi atau hasil penyelidikan moden.
Tribologi pula adalah terma keilmuan berkaitan pergerakan dan pergeseran. Ia adalah salah satu cabang keilmuan yang boleh didapatai dalam bidang Mechanical Engineering dan Materials Science. Keilmuan tribologi ini biasanya diaplikasikan di dalam bidang penyelidikan dan perlinciran.
Teknologi dan formula Tribo Tech yang ada di dalam minyak pelincir JTX yang diperkatakan adalah formulasi yang dikaitkan dengan filem kimia yang dipanggil filem tribologi yang bertindak seumpama metal treatment tetapi bukan metal treatment.
Concentrated Oil & Metal Treatment
Sebab itu anda boleh dapatkan produk yang dipanggil pati minyak (concentrated oil) JTX5000 berbanding panggilan perawatan besi (metal treatment) di dalam produk siri JTX. Fungsi yang lebih kurang sama tetapi unsur dan mekanisma yang berbeza serta kelebihan yang lebih berbeza. Penghasilannya juga datang dari teknologi yang tidak sama dengan metal treatment. Pasti ada ciri-ciri yang berbeza dari setiap dua produk tadi.