Pilihan SAE berapa yang sesuai untuk penjimatan dan pickup?
Nombor SAE pada label minyak pelincir menunjukkan tahap kecairan. Lagi kecil nombor lagi kurang kepekatannya.
Kecairan minyak memainkan peranan penting kepada kelancaran enjin. Minyak yang lebih cair memudahkan pengalirannya terutama pada enjin ternologi terkini yang dicipta dengan lebih mengutamakan saiz yang lebih kecil dan ringan tetapi berkuasa tinggi.
Pengaliran yang lebih lancar meringankan dan melancarkan sistem pergerakan komponen di dalam enjin secara keseluruhannya. Ini sekaligus mengelakkan pembaziran bahan api yang digunakan untuk menggerakkan piston dan penggunaan petrol atau disel berada pada tahap optimum.
Ketika ini penjimatan bahan api dapat berlaku. Sekaligus pickup enjin juga dapat dirasai.
Bagi keadaan cuaca di Malaysia SAE minyak dengan nombor awal 10W ke bawah memberikan kelebihan ini. 15W juga boleh memberikan kesan yang sama tetapi hanya pada kenderaan berenjin besar tidak pada kenderaan yang berkuasa rendah.
Kecairan minyak pada suhu tertentu. Kelikatan memberi kesan pada pengliran. |
Awas!
Pada keadaan enjin yang panas dan cuaca bersuhu tinggi nombor SAE pada minyak yang lebih tinggi diperlukan.
Sila sesuaikan mengikut cara pemanduan, keadaan pemanduan, lokasi dan beberapa faktor lain yang boleh mempengaruhi suhu enjin.
Contohnya 0w-30 dapat memberikan penjimatan dan pickup. Jika pemanduan yang lasak ditambah dengan perjalanan jarak jauh serta keadaan bercuaca panas risiko kehilangan minyak boleh berlaku. Enjin juga akan sedikit berbunyi seperti lagaan besi(minyak terlalu cair pada suhu tinggi).
Berbaloikah?
Penjimatan petrol yang dirasai hanyalah sementara jika kualiti minyak adalah rendah. Ciri-ciri anti-oksida minyak yang rendah kualitinya menyebabkan minyak tidak akan bertahan lama dan kelikatan minyak boleh cepat berubah. Apabila kelikatan berubah penjimatan dan pickup juga akan berubah.
Pastikan anda bayar apa yang anda mahukan.
Minyak yang berkelikatan rendah yang anda beli adakah:
• Beranti-oksida tinggi.
- Dapat merasai kelebihan dengan minyak lebih lama.
- Minyak tidak rosak dan membentuk sludge.
• Ada kelebihan menbersihkan enjin.
• Melindungi dan tidak merosakkan komponen bukan besi seperti seal atau gasket.
• Mampu tahan di dalam keaadan ekstrim.
• Melindungi komponen dari hakisan.
dan banyak lagi ciri-ciri minyak yang berbeza di dalam setiap botol yang berbeza.
Tidak kira berapa murah atau mahal anda beli pastikan ianya berbaloi dengan nilai yang anda mahukan untuk nyawa kenderaan anda. Anda dapat apa yang anda bayar.